TDM Sukses Ujian Tembakan Misil INGWE M1312A

12 Maret 2018


Ujian tembakan misil Ingwe dari jendaraan AV8 Gempita (all photos : BTDM)

Tentera Darat Malaysia pada 8 Mac 2018 telah menjalani ujian tembakan misil anti kereta kebal INGWE M1312A di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.



Ujian disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Lefternan Jeneral Datuk Azizan Md Delin dengan melibatkan 2 unit AV8 Gempita varian LCT30 ATGW. Turut terlibat dalam ujian termasuk varian 30mm, 25mm dan RWS 12.7mm HMG.



Misil Anti Kereta Kebal Ingwe dikeluarkan oleh Denel Land System dari Afrika Selatan. Ia merupakan sistem misil panduan laser pelbagai guna.



Ia mampu dilancarkan dengan jarak sasaran 250 ke 5000 meter. Ia juga mempunyai ciri-ciri stealth kerana sukar dikesan.



TD akan memiliki 54 unit varian ini dengan 4 pelancar pada setiap kenderaan berserta meriam Denel 30mm.

(Malaysia Defence Review)

Subscribe to receive free email updates: