01 Juni 2018
TUDM Su-30MKM (photo : sayyantau2000)
MUKADIMAH: PENUBUHAN Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2 Jun 1958 memberi lembaran baharu dalam menangani ancaman pelbagai dimensi negara terutama aspek ruang angkasa.
Kini selepas 60 tahun ditubuhkan, penugasan TUDM semakin mencabar dengan pelbagai peranan. Wartawan MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemu bual Panglima Tentera Udara JENERAL TAN SRI AFFENDI BUANG bagi mengetahui perkembangan terkini antara tunjang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.
UTUSAN: Bolehkah Tan Sri menjelaskan lebih lanjut signifikan tema sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-60 pada tahun ini
AFFENDI BUANG: ‘Kuasa Udara Tonggak Kedaulatan Negara’ menjadi tema ulang tahun pada tahun ini mempunyai signifikan tersendiri bagi menunjukkan komitmen TUDM melindungi dan menjaga kepentingan strategik Malaysia menerusi penyediaan dasar strategik udara. Selain itu ia juga penekanan TUDM terhadap pembangunan serta perlindungan terhadap ketenteraan, perisikan dan keupayaan dengan mengutamakan keselamatan dan kestabilan serantau dan global seperti yang diarahkan oleh Kerajaan. TUDM sebagai tiang pertahanan dan kedaulatan negara akan sentiasa memperkasakan institusi yang bermaruah ini dengan penuh jitu sesuai dengan tema sambutan hari TUDM ke-60 ini, iaitu ‘Kuasa Udara, Tonggak Kedaulatan Negara’. Pemerkasaan TUDM kepada sebuah angkatan berspektrum penuh yang mampu memberi respon ke atas ancaman tradisional dan bukan tradisional sedang giat dilaksanakan melalui pelan pembangunan strategik Rancangan Empat Dimensi Angkatan Tentera Malaysia (4D MAF).
Menjelang tahun 2020, di manakah Tan Sri mahu melihat keupayaan aset dan anggota?
Dalam keupayaan aset dan anggota TUDM, saya melihat pembangunan jangka panjang seperti dalam ‘Capability 55’ iaitu pembangunan TUDM hingga tahun 2055. Ini adalah inisiatif baharu TUDM untuk masa hadapan. Selain itu, ‘Capability 55’ menjadikan TUDM sebagai sebahagian komponen ATM dalam mengekalkan keupayaan melaksanakan eksesais dan operasi bergabung. Aset TUDM kelak juga mesti berkebolehan untuk bergabung dengan aset Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan supaya tugas operasi, latihan kecemasan dan bukan kecemasan dapat menyumbang kepada kepentingan nasional.
Dalam aspek pertahanan udara serta kerjasama dengan Indonesia dan Filipina khususnya, apakah TUDM ada sasaran tertentu atau matlamat serta agenda sendiri?
Matlamat TUDM adalah untuk bergantung kepada sumber sendiri dan keupayaan untuk melindungi kedaulatan negara, kemerdekaan dan keutuhan wilayah. Matlamat ini boleh dicapai dengan adanya diplomasi pertahanan di antara negara-negara sahabat. Hal ini kerana kehadiran ancaman bukan tradisional yang wujud. Ancaman baharu ini perlu ditangani dengan kerjasama negara jiran sekali gus penting bagi mengekalkan persahabatan selaras objektif ASEAN.
TUDM F/A-18D Hornet (photo : Sayyantau 2000)
Bagaimana TUDM melihat aspek diplomasi pertahanan melibatkan angkatan tentera dari seluruh dunia?
Diplomasi tentera sentiasa menjadi alat yang pertama untuk menyelesaikan konflik. TUDM adalah satu kuasa untuk menghalang sebarang ancaman kepada kepentingan negara. Namun, ini adalah satu cabaran yang besar kepada TUDM untuk berperanan mengekalkan keupayaannya. Oleh itu, TUDM perlu berinovasi dan kreatif dalam menghadapi kekangan. Pada masa ini TUDM mempunyai hubungan yang baik dengan tentera udara negara lain, contohnya pada tahun 2017, TUDM mempunyai 152 penglibatan dengan 27 negara. Antara aktiviti dilakukan adalah pertukaran program, latihan, kursus, mesyuarat, persidangan dan eksesais.
Apakah perkembangan terbaru TUDM untuk mendapatkan pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) dan pesawat rondaan maritim (MPA)? Adakah mempunyai senarai pendek terhadap beberapa jenis pesawat?
Kemungkinan besar TUDM tidak akan membeli MRCA baharu. Pesawat MRCA TUDM sekarang iaitu Su30MKM dan F/A-18D akan digunakan dengan sepenuhnya. Mungkin TUDM akan mengintai untuk mendapat lebih banyak bilangan pesawat F/A-18D dari negara sahabat.
Bagaimana Tan Sri melihat disiplin anggota TUDM setakat ini terutama melibatkan isu rasuah, penyalahgunaan dadah dan judi?
Saya ingin mengingatkan kepada semua warga TUDM supaya selalu mempamerkan sikap ideal sebagai perajurit menerusi watak keperibadian berdisiplin, tabah, cekal dan tidak mudah mengalah. Berpegang teguhlah kepada nilai teras TUDM yang sering kali dilaungkan, dan jadikan ia sebagai norma dan budaya kerja mahupun di dalam kehidupan.
Apakah harapan Tan Sri bagi melihat TUDM kekal unggul di persada udara dan berdiri sebaris dengan Tentera Udara lain di dunia ini?
Kita boleh melihat TUDM mempunyai kemampuan sebaris dengan negara lain apabila misi TUDM untuk mempertahankan kedaulatan, integriti negara dan kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan. Jika TUDM mengekalkan keupayaan pelan pembangunannya selaras dengan transformasi negara bagi tempoh masa akan datang merangkumi struktur ketumbukan, sumber manusia dan pemodenan aset yang dirancang secara teliti dan menyeluruh, barulah TUDM boleh berdiri sebaris dengan Tentera Udara lain.
(Utusan)