16 Juli 2018
Latihan Kuasa Tembakan 2018 (all photoa : AirTimes, Bernama, BTDM)
Demonstrasi keupayaan ketenteraan bukan pembaziran
GEMAS: Walaupun kos mengadakan latihan atau demonstrasi ketenteraan berskala besar bagi mempamerkan keupayaan sistem persenjataan boleh mencecah puluhan juta ringgit, ia tidak pernah dianggap sebagai pembaziran.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, perbelanjaan ketenteraan kebanyakan negara termasuk Malaysia biasanya besar kerana semua aset termasuk teknologi, senjata, peluru, misil dan bom membabitkan kos yang mahal.
"Kita tidak nafikan, orang awam mungkin anggap puluhan juta ringgit yang digunakan untuk menampung kos demonstrasi sebagai mahal tapi sebenarnya kita perlu melakukannya kerana itu adalah masa untuk menguji keupayaan dan keberkesanan senjata yang kita miliki.
"Jadi kalau tidak mengadakan demonstrasi pun, kita tetap akan gunakan peruntukan besar untuk latihan dan ujian persenjataan.
"Apabila buat dalam skala besar, kita ambil kesempatan untuk pamerkan keupayaan persenjataan itu kepada pegawai, anggota dan pihak yang berkepentingan sebagai pendedahan kepada mereka," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2018 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Zulkiple berkata, aktiviti tahunan Tentera Darat (TD) itu yang sebelum ini dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) membabitkan kos RM17 juta pada tahun ini berbanding RM23 juta, tahun lalu.
Katanya, demonstrasi berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) berkenaan keupayaan pengendalian dan kuasa tembakan senjata serta kenderaan tempur TDM.
Antara kenderaan tempur yang menarik perhatian dalam demonstrasi ini ialah ACV 300 Adnan-40mm AGL keluaran Amerika Syarikat; ACV300 Adnan-Baktar Shikan ATGW (Turki); AV8 Gempita-ZT INGWE ATGW (Turki); Tank-PT91M Pendekar (Poland) selain bantuan serangan dari udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pesawat Sukhoi Su-30MKM (Rusia) dan BAE Hawk 208 (United Kingdom).
Mengulas lanjut, Zulkiple tidak menolak kemungkinan lebih banyak pihak termasuk pasukan keselamatan atau agensi penguatkuasaan lain dibenarkan menyaksikan demonstrasi LKT tahun depan, namun menolak cadangan supaya orang awam dijemput menyaksikannya kerana faktor keselamatan.
"Demonstrasi seperti ini memerlukan tahap keselamatan yang amat tinggi kerana membabitkan banyak letupan dan tembakan sebenar di dalam kawasan yang dikawal rapi.
"Jadi kita terpaksa memilih pihak tertentu saja bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
Zulkiple berkata, demonstrasi persenjataan yang diadakan oleh TD bukan bertujuan untuk menyertai perlumbaan senjata dengan mana-mana negara lain sebaliknya bagi memberi pendedahan kepada pihak yang mempunyai kepentingan di dalam negara ini berdasarkan keperluan pertahanan dan muka bumi Malaysia.
Justeru, beliau berkata, pihaknya tidak mengambil serius sebarang provokasi daripada mana-mana pihak terutama di laman sosial mengenai negara lain yang dikatakan mempunyai keupayaan persenjataan lebih hebat daripada TD.
(Berita Harian)