05 November 2018
Bomba AW189 helicopter 9M-BOE and 9M-BOF (photos : Muhd Fairuz)
SUBANG JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima dua buah helikopter AW189 daripada syarikat Agusta Westland Malaysia Sdn Bhd (AWM).
Helikopter terbabit dilengkapi enjin berkembar mampu memuatkan sehingga 18 individu termasuk juruterbang diberikan masing-masing pada 27 November 2017 dan 3 Julai 2018.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata seunit helikopter itu bernilai RM105 juta.
“Kita berurusan dengan syarikat itu selama dua tahun bagi mendapatkan aset berkenaan.
“Dua unit terbabit menjadikan jumlah keseluruhan aset helikopter JBPM sebanyak sembilan buah dengan tujuh daripadanya berpangkalan di Subang manakala bakinya masing-masing di Bertam (Pulau Pinang) dan Miri (Sarawak).
“Semua aset itu boleh digunakan di dalam dan luar negara.
“Buat masa ini, kita ada meletakkan dua aset yang berpangkalan di Subang ke Palu (Indonesia) sebagai langkah siap siaga untuk operasi menyelamat mangsa gempa bumi baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pengoperasian Helikopter AW189 JBPM, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.
(Berita Harian)