11 Februari 2019
KD Kasturi 25, korvet FS 1500 panjang 98m dengan bobot penuh 1.850 ton (photo : jauharigold769)
KARACHI: Dua aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kapal KD Mahawangsa dan KD Kasturi, menyertai latihan tentera laut multinasional “Aman Exercise 2019” di Karachi, Pakistan mulai hari ini.
Kehadiran dua aset perang TLDM dalam latihan multinasional yang bertujuan meningkatkan kerjasama dan kefahaman tentera laut lebih 45 negara peserta, termasuk 11 tentera laut yang menghantar aset kapal, helikopter serta pasukan khas itu, membuktikan kerjasama rapat antara Malaysia dan Pakistan.
Delegasi Malaysia ke edisi keenam Aman Exercise yang dianjurkan Tentera Laut Pakistan dua tahun sekali sejak 2007 itu turut menyaksikan pembabitan pasukan khas laut (PASKAL) dan pasukan pemusnah bom (EOD) TLDM.
Delegasi Malaysia dalam latihan mutinasional selama lima hari sehingga 12 Februari itu diketuai Panglima Wilayah Laut Tiga TLDM, Laksamana Pertama, Mohamad Azuwan Harun.
AL Malaysia mempunyai 2 korvet FS 1500 yaitu KD Kasturi (F25) and KD Lekir (F26) yang dibeli dari galangan HDW Jerman 1984 (photo : FSG Kasturi)
Majlis pelancaran latihan multinasional di Pangkalan Tentera Laut Pakistan di Karachi itu dirasmikan Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Zafar Mahmood Abbasi dan Komander Armada Pakistan, Laksamana Madya Muhammad Amjad Khan Niazi.
Muhammad Amjad, dalam sidang media, berkata latihan multinasional itu dianjur berdasarkan kesedaran dan komitmen Pakistan untuk menangani ancaman di laut secara kolektif bersama negara-negara serantau.
“Kerjasama ini membabitkan ancaman keganasan, penyeludupan, pelanunan, penyeludupan senjata dan manusia,” kata beliau yang turut bangga dengan peningkatan penyertaan negara peserta berbanding 35 pada edisi 2017.
KD Mahawangsa 1504, kapal berat 4.300 ton tipe multi-role support ship (photo : Geir Vinnes)
Konsep latihan multinasional yang dibahagikan kepada fasa kegiatan di pelabuhan dan latihan di laut itu bertujuan membangunkan tindak balas, taktik, teknik dan prosedur (RTTP) untuk berdepan ancaman bukan tradisional melalui perancangan perang taktikal.
Mohamad Azuwan berkata TLDM menghantar KD Mahawangsa dan KD Kasturi membabitkan lebih 200 anak kapal, termasuk anggota PASKAL dan EOD, untuk mengambil bahagian dalam Aman Exercise.
“Keselamatan maritim adalah isu global. Pembabitan TLDM dalam latihan ini adalah signifikan dalam usaha kita mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan,” katanya.
BERNAMA dijemput sebagai tetamu khas media ke Aman Exercise 2019 selain wartawan Turki, China, Indonesia dan Oman.
(Berita Harian)